Etimologi dan sejarah Jalan_Ampas

Nama "Jalan Ampas" berhutang warisannya sebagai sebuah ladang tebu pada hari-hari awal. Dalam bahasa Melayu, Ampas tebu merujuk kepada pulpa berserabut yang kekal selepas tebu telah dihancurkan untuk mendapatkan jus.[1]

Malay Film Productions Ltd

Pada tahun 1947, di bawah panji-panji Malay Film Productions Ltd. Shaw Brothers menubuhkan sebuah studio filem di kawasan ini, yang mana ia menjadi 'zaman kegemilangan filem Melayu'. Semasapada dekad 1950an dan 1960an, di zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 160 filem dalam tempoh dua dekad. Tokoh-tokoh terkenal seperi John Wayne, Ava Gardner [2] dan bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman [3] melawat ke studio ini. Sungguhpen begitu, jalan ini begitu sinonim dan berkait rapat dengan studio ini sehingga hari ini.

Studio ini jugalah yang melahirkan ramai bintang hebat di era studio ini seperti P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsuddin dan ramai lagi. Filem sepertiBujang Lapok dan Ibu Mertuaku menjadi popular dan klasik kultus.

Bagaimanapun pada 1967, oleh disebabkan kekurangan permintaan terhadap filem-filem Melayu, studio ini terpaksa ditutup dan menamatkan operasinya. Kesan peninggalan Malay Film Productions Ltd. masih wujud sehingga kini.